Wednesday 23 March 2016

Cerita Pulau Warisan

Kuala Terengganu mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik. Salah satunya Pulau Warisan.

Baru-baru ini saya dapat satu phonecall. Lelaki. Dengar pada tona suara saya bole agak umur dalam 40an. Dia nak cari homestay area kuala terengganu. Ada urusan kerja 5 hari di Pulau Warisan. So dia nak stay 4 malam di homestay.

Dengan selamba dan yakin saya menjawab Pulau Warisan itu adalah Taman Tamadun Islam. Dia tak percaya dan tanya betul ke?

Hahaha rupa-rupanya bila saya google Pulau Warisan terletak bersebelahan dengan Pasar Kedai Payang. Kalau dari Aeishah Homestay ke Pulau Warisan cuma 10km sahaja. 15 minit naik kereta. Dekat saja.

Lelaki tadi terus terdiam dan senyap. Memang takde rezeki. Itulah. Buat pengajaran. Kuman di seberang laut pun nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Mulai saat itu, saya terus buat research and list down tempat-tempat menarik utama di Kuala Terengganu.

note: dulunya saya seorang traveller n backpacker ketika saya study degree di UK. Banyak negara Eropah telah dilawati. Ini Pulau Warisan di kampung sendiri pon tak tahu. Buat malu je hahaha.... terkilan pon ada....

Peta googlemaps:
kiri : Aeishah Homestay - Taman Tamadun Islam
15km jarak
kanan: Aeishah Homestay - Pulau Warisan
10km jarak